1. Pengasas
Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara, iaitu seorang putera raja dari
Palembang.
2. Parameswara
dan pengikutnya pergi ke Temasik, sebuah kerajaan naungan Siam.(Singapura).
3. Parameswara
berpendapat bahawa Temasik berpotensi untuk dimajukan kerana kedudukannya yang strategik.
4. Parameswara
menuntut hak pertuanannya untuk menjadi pemrintah Temasik.Dalam proses
membuat tuntutan tersebut, Parameswara telah membunuh Temagi.Selepas
membunuh Temagi, Parameswara cuba memajukan Temasik.Tetapi tidak berjaya.Kemudian beliau pergi ke Muar.
5. Parameswara
melihat Muar tidak sesuai untuk dijadikan negeri.Oleh sebab itu, Parameswara
meninggalkan seorang pengikutnya untuk menjadi pembesar di Muar.
6. Setelah
menetap di Muar, Parameswara dan pengikutnya meneruskan perjalanan melalui
Sening Ujung dan Bertam menuju ke Utara.
7. Mereka
tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri daripada orang
Laut, orang Melayu dan orang Asli.
8. Parameswara
berpendapat bahawa perkampungan tersebut mempunyai beberapa kelebihan seperti
berikut:
a) Kedudukannya
berhampiran dengan laut yang menjadi laluan kapal dagang.
b) Bekalan
air bersih mudah didapati.
c) Bentuk
muka buminya yang berbukit-bakau boleh dijadikan petunjuk kepada pedagang.
d) Pokok
bakau dan api-api di tebing sungai pelindung semula jadi dan benteng pertahanan.
e) Kegiatan
pedagang tidak diganggu oleh tiupan angin monsun kerana muara sungainya
terlindung daripada tiupan angin monsun.
9. Pada
suatu hari, Parameswara sedang berehat di bawah sebatang pokok.Parameswara
melihat seekor pelanduk kecil menyepak anjing perburuannya.Baginda bertanya,
"Wahai penolongku,beritahu baginda apakah nama pokok yang sedang baginda
sandar ini?".Jawab penolongnya,"Pokok Melaka tuanku.",kata
penolongnya. Parameswara pun menamakan negeri itu, negeri
"MELAKA"
oleh : Mahadzir Danial Bin Muhamad Azhan