Saturday, 16 May 2015

Sejarah Parameswara




1.      Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara, iaitu seorang putera raja dari Palembang.  

2.      Parameswara dan pengikutnya pergi ke Temasik, sebuah kerajaan naungan Siam.(Singapura).  

3.      Parameswara berpendapat bahawa Temasik berpotensi untuk dimajukan kerana kedudukannya yang strategik.      
                                                                                                               
4.      Parameswara menuntut hak pertuanannya untuk menjadi pemrintah Temasik.Dalam proses    membuat tuntutan tersebut, Parameswara telah membunuh Temagi.Selepas membunuh Temagi,  Parameswara cuba memajukan Temasik.Tetapi tidak berjaya.Kemudian beliau pergi ke Muar.

5.      Parameswara melihat Muar tidak sesuai untuk dijadikan negeri.Oleh sebab itu, Parameswara meninggalkan seorang pengikutnya untuk menjadi pembesar di Muar.  

6.      Setelah menetap di Muar, Parameswara dan pengikutnya meneruskan perjalanan melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke Utara.

7.      Mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri daripada orang Laut, orang Melayu dan orang Asli.

8.      Parameswara berpendapat bahawa perkampungan tersebut mempunyai beberapa kelebihan seperti berikut:

a)      Kedudukannya berhampiran dengan laut yang menjadi laluan kapal dagang.

b)      Bekalan air bersih mudah didapati.

c)      Bentuk  muka buminya yang berbukit-bakau boleh dijadikan petunjuk kepada pedagang. 

d)      Pokok bakau dan api-api di tebing sungai pelindung semula jadi dan benteng pertahanan.

e)      Kegiatan pedagang tidak diganggu oleh tiupan angin monsun kerana muara sungainya terlindung daripada tiupan angin monsun.        

9.      Pada suatu hari, Parameswara sedang berehat di bawah sebatang pokok.Parameswara melihat seekor pelanduk kecil menyepak anjing perburuannya.Baginda bertanya, "Wahai penolongku,beritahu baginda apakah nama pokok yang sedang baginda sandar ini?".Jawab penolongnya,"Pokok Melaka tuanku.",kata penolongnya. Parameswara pun menamakan negeri itu, negeri "MELAKA"

oleh : Mahadzir Danial Bin Muhamad Azhan

No comments:

Post a Comment