Tuesday, 19 May 2015




*Menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) kerana kehilangan kawasan pengaruh.

*Mat Salleh membantah cukai yang dikenakan serta peraturan baharu yang membebankan.

*Pada tahun 1897 Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan menyerang Pulau Gaya dan Ambong.

*Mat Salleh telah ditewaskan di Tambunan dan dikatakan telah terkorban

RENTAP


*Menentang James Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai lanun dan telah menghapuskan petempatan mereka.

*James Brooke telah mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban

*Pada tahun 1853,Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan mencapai kejayaan.

*Rentap membina kubu pertahanan di Bukit Sadok. Ramai pahlawan Iban yang menyokongnya.

*Pertempuran yag sengit berlaku antara Rentap dan James Brooke di Bukit Sadok. Rentap telah berundur ke Sungai Entabai dan tidak dapat dikesan.

Saturday, 16 May 2015

Sejarah Parameswara




1.      Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara, iaitu seorang putera raja dari Palembang.  

2.      Parameswara dan pengikutnya pergi ke Temasik, sebuah kerajaan naungan Siam.(Singapura).  

3.      Parameswara berpendapat bahawa Temasik berpotensi untuk dimajukan kerana kedudukannya yang strategik.      
                                                                                                               
4.      Parameswara menuntut hak pertuanannya untuk menjadi pemrintah Temasik.Dalam proses    membuat tuntutan tersebut, Parameswara telah membunuh Temagi.Selepas membunuh Temagi,  Parameswara cuba memajukan Temasik.Tetapi tidak berjaya.Kemudian beliau pergi ke Muar.

5.      Parameswara melihat Muar tidak sesuai untuk dijadikan negeri.Oleh sebab itu, Parameswara meninggalkan seorang pengikutnya untuk menjadi pembesar di Muar.  

6.      Setelah menetap di Muar, Parameswara dan pengikutnya meneruskan perjalanan melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke Utara.

7.      Mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri daripada orang Laut, orang Melayu dan orang Asli.

8.      Parameswara berpendapat bahawa perkampungan tersebut mempunyai beberapa kelebihan seperti berikut:

a)      Kedudukannya berhampiran dengan laut yang menjadi laluan kapal dagang.

b)      Bekalan air bersih mudah didapati.

c)      Bentuk  muka buminya yang berbukit-bakau boleh dijadikan petunjuk kepada pedagang. 

d)      Pokok bakau dan api-api di tebing sungai pelindung semula jadi dan benteng pertahanan.

e)      Kegiatan pedagang tidak diganggu oleh tiupan angin monsun kerana muara sungainya terlindung daripada tiupan angin monsun.        

9.      Pada suatu hari, Parameswara sedang berehat di bawah sebatang pokok.Parameswara melihat seekor pelanduk kecil menyepak anjing perburuannya.Baginda bertanya, "Wahai penolongku,beritahu baginda apakah nama pokok yang sedang baginda sandar ini?".Jawab penolongnya,"Pokok Melaka tuanku.",kata penolongnya. Parameswara pun menamakan negeri itu, negeri "MELAKA"

oleh : Mahadzir Danial Bin Muhamad Azhan

Friday, 15 May 2015

Sejarah Antanom





  • Nama sebenar : Ontoros Antanom (1885-1915)
  • Merupakan pahlawan Murut dari Borneo Utara (Sabah)
  • Menentang Syarikat  Borneo Utara British ( SBUB ) kerana kehilangan kuasa dan pengaruh  menentang pembayaran cukai yang dikenekan ,menjadikan orang Murut sebagai buruh paksa dan menceroboh kawasan hutan orang Murut untuk  membina jalan 
  • Antanom telah menyatukan orang Murut  untuk menyerang SBUB .
  • Pada tahun 1915 ,Antanom telah menyerang Pensiang  dan membina kubu di Sungai Selangit .
  • Terkorban dalam pertempuran di Sungai Selangit 
Shaheed  Mubarak Bin  Solahudin 

Sejarah Tok Janggut






  • Nama sebenar: Haji Hassan bin Panglima Mat Munas
  • Tahun dilahirkan: 1853 di Kg. Jeram, Pasir Puteh, Kelantan
  • Digelar ' Tok Janggut' kerana menyimpan janggut yang panjang hingga ke paras dada
  • Merupakan tokoh agama Islam dan menjadi ikutan ramai di Kelantan
  • Menentang penjajahan British yang memperkenalkan cukai ke atas penduduk Kelantan tanpa kebenaran dan menggugat hak kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan
  • Menyebabkan Tok Janggut melancarkan serangan ke atas British di Kg Pupuh
  • Walau bagaimanapun, beliau dibunuh oleh British yang dibantu oleh Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu 
  • Mayat beliau telah digantung dari atas ke bawah selama sehari oleh penjajah British yang tidak berhati perut
Oleh: Shaheed Mubarak bin Solahudin